“Argh,
penatnya beb!” rungut Dila
“Nama pun student”. Jawab
ika
“Wei, Syaz, kalau aku tanya
kau something kau jangan la marah aku pulak ya”. Ujar Dila ragu-ragu.
“Kau tak tanya aku pun lagi,
macam mana la aku nak marah kau”. Balas Syaz.
“Kenapa kau tak pernah layan
mamat-mamat kat U ni, dia orang semua tu tergila-gilakan kau. Kau boleh buat tak layan je. Dah la tu, semuanya hensem-hensem. Kalau aku, bagi sepuluh pun aku nak”.
“Hmm..aku akui dia orang
semua tu memang cukup pakej, lengkap.
Tapi hati aku tak boleh terima dia orang. Kalau setakat nak berkawan dengan aku, aku
terima tapi kalau nak lebih dari tu aku rasa aku tak mampu.” Balas Syaz jujur.
“Kenapa pulak kau tak
mampu?” soal Ika binggung.
“Kau pernah putus cinta ke?
Apasal kita orang semua tak tahu ni?” soal Yana inginkan kepastian.
“Dah korang tak tanya.”
“Cerita la beb.” rayu Yana.
Pada
waktu yang sama Dila sudah menekan punat hijau pada telefon bimbitnya untuk
menghubungi Adam Hafizi. Dalam hatinya
janji tetap janji.
Adam
yang telah siap menunggu panggilan itu terus menekan punat hijau untuk
menjawab. Setiap butiran cerita yang
keluar dari mulut Syaz jelas didengarinya.
Segala persoalannya kini telah terjawab.
“Habis
tu, sekarang ni pun kau masih tunggu dia? Kau ulang balik siapa nama mamat yang
kau minat sangat tu?” tegas Dila.
“Adam
Hafizi Bin Abdullah”. Syaz bersuara jujur.
“Dari
dulu sampai sekarang, aku masih tak dapat lupakan dia. Walaupun kami tak pernah berkawan, dan dia
juga tak pernah tahu tentang hal ni atau mungkin dia tahu dari kawan-kawan dia
tapi dia belum tahu yang sebenarnya daripada aku. Aku tetap berharap yang suatu hari nanti dia
dapat terima aku paling tidak pun sebagai kawan. Aku tak mintak lebih, aku tahu aku tak
layak”. Sambung Syaz lagi.
“Kenapa
pula kau cakap macam tu?” Soal Ika
“Dari
dulu lagi, bila cerita tentang aku suka kat dia dah tersebar, aku selalu kena
kutuk, kena caci, dan macam-macam lagi dengan kawan-kawan dia. Yang aku tak tahannya, disebabkan dia ni
terlalu famous, ada lah seorang peminat dia ni tiba-tiba saja cari pasal dengan
aku”.
“Aku
tak sangka pula menjadi satu kesalahan kalau suka kat dia. Kalau aku tahu, awal-awal lagi aku tak kan
suka kat dia. Banyak kenangan pahit
sepanjang aku suka kat dia. Pernah juga
lah aku cuba untuk lupakan dia. Aku
couple dengan orang lain yang muka dia ada iras-iras Adam. Tapi aku tetap tak mampu untuk lupakan Adam
Hafizi. Dia dah lama curi hati aku tanpa
dia sedari. Dia boleh dikatakan cinta pertama aku,
walaupun kami tak pernah bercinta”. Sambung Syaz sambil ketawa kecil. Entah apa yang di rasakan lucunya di situ.
Serentak
dengan itu, semuanya bagaikan dipukau.
Bagaikan tidak percaya dengan setiap butiran cerita yang keluar dari
mulut sahabat mereka itu. Dalam benar
cinta Syaz terhadap Adam.
Di
sebelah sana pula, Adam hafizi terkesima, bagaikan suatu mimpi. Sungguh dia tidak menyangka cinta Syazliana
terhadapnya begitu tulus. Perbuatannya
dan rakan-rakannya yang lain tidak boleh dimaafkan. Sikap nakal mereka telah menghancurkan hati
seorang gadis yang benar-benar ikhlas menyayanginya.
“Syaz, maafkan aku. Aku tak sangka kau begitu menyayangi
aku. 12 tahun kau setia menunggu
aku. Maafkan aku Syaz. Maafkan aku.” Luah Adam, kesal.
“Kalaulah kau tahu Syaz…”
Adam
tidak menghabiskan kata-katanya. Rasa
kesal yang teramat sangat menenggelamkan sseluruh jiwanya. Dalam hatinya kesilapan lalu harus
ditebus. Cinta Syazliana tidak akan lagi
dipersia.
* * * * * * *
bersambung. .
besttttt.. hehe
ReplyDeletethanks beb. .love u
ReplyDelete