background

Tuesday, August 28, 2012

Bab 2 : 1. . 2. . Cinta


 “Argh, penatnya beb!” rungut Dila
“Nama pun student”. Jawab ika
“Wei, Syaz, kalau aku tanya kau something kau jangan la marah aku pulak ya”. Ujar Dila ragu-ragu.
“Kau tak tanya aku pun lagi, macam mana la aku nak marah kau”. Balas Syaz.
“Kenapa kau tak pernah layan mamat-mamat kat U ni, dia orang semua tu tergila-gilakan kau.  Kau boleh buat tak layan je.  Dah la tu, semuanya hensem-hensem.  Kalau aku, bagi sepuluh pun aku nak”.
“Hmm..aku akui dia orang semua tu memang cukup pakej, lengkap.  Tapi hati aku tak boleh terima dia orang.  Kalau setakat nak berkawan dengan aku, aku terima tapi kalau nak lebih dari tu aku rasa aku tak mampu.” Balas Syaz jujur.
“Kenapa pulak kau tak mampu?” soal Ika binggung.
“Kau pernah putus cinta ke? Apasal kita orang semua tak tahu ni?” soal Yana inginkan kepastian.
“Dah korang tak tanya.”
“Cerita la beb.” rayu Yana.
Pada waktu yang sama Dila sudah menekan punat hijau pada telefon bimbitnya untuk menghubungi Adam Hafizi.  Dalam hatinya janji tetap janji.
Adam yang telah siap menunggu panggilan itu terus menekan punat hijau untuk menjawab.  Setiap butiran cerita yang keluar dari mulut Syaz jelas didengarinya.  Segala persoalannya kini telah terjawab.


“Habis tu, sekarang ni pun kau masih tunggu dia? Kau ulang balik siapa nama mamat yang kau minat sangat tu?” tegas Dila.
“Adam Hafizi Bin Abdullah”. Syaz bersuara jujur.
“Dari dulu sampai sekarang, aku masih tak dapat lupakan dia.  Walaupun kami tak pernah berkawan, dan dia juga tak pernah tahu tentang hal ni atau mungkin dia tahu dari kawan-kawan dia tapi dia belum tahu yang sebenarnya daripada aku.  Aku tetap berharap yang suatu hari nanti dia dapat terima aku paling tidak pun sebagai kawan.  Aku tak mintak lebih, aku tahu aku tak layak”.  Sambung Syaz lagi.
“Kenapa pula kau cakap macam tu?” Soal Ika
“Dari dulu lagi, bila cerita tentang aku suka kat dia dah tersebar, aku selalu kena kutuk, kena caci, dan macam-macam lagi dengan kawan-kawan dia.  Yang aku tak tahannya, disebabkan dia ni terlalu famous, ada lah seorang peminat dia ni tiba-tiba saja cari pasal dengan aku”. 
“Aku tak sangka pula menjadi satu kesalahan kalau suka kat dia.  Kalau aku tahu, awal-awal lagi aku tak kan suka kat dia.  Banyak kenangan pahit sepanjang aku suka kat dia.  Pernah juga lah aku cuba untuk lupakan dia.  Aku couple dengan orang lain yang muka dia ada iras-iras Adam.  Tapi aku tetap tak mampu untuk lupakan Adam Hafizi.  Dia dah lama curi hati aku tanpa dia  sedari.  Dia boleh dikatakan cinta pertama aku, walaupun kami tak pernah bercinta”. Sambung Syaz sambil ketawa kecil.  Entah apa yang di rasakan lucunya di situ.
Serentak dengan itu, semuanya bagaikan dipukau.  Bagaikan tidak percaya dengan setiap butiran cerita yang keluar dari mulut sahabat mereka itu.  Dalam benar cinta Syaz terhadap Adam. 

Di sebelah sana pula, Adam hafizi terkesima, bagaikan suatu mimpi.  Sungguh dia tidak menyangka cinta Syazliana terhadapnya begitu tulus.  Perbuatannya dan rakan-rakannya yang lain tidak boleh dimaafkan.  Sikap nakal mereka telah menghancurkan hati seorang gadis yang benar-benar ikhlas menyayanginya. 
“Syaz, maafkan aku.  Aku tak sangka kau begitu menyayangi aku.  12 tahun kau setia menunggu aku.  Maafkan aku Syaz.  Maafkan aku.” Luah Adam, kesal.
“Kalaulah kau tahu Syaz…”
Adam tidak menghabiskan kata-katanya.  Rasa kesal yang teramat sangat menenggelamkan sseluruh jiwanya.  Dalam hatinya kesilapan lalu harus ditebus.  Cinta Syazliana tidak akan lagi dipersia.
                                                                * * * * * * *
bersambung. .


2 comments: