background

Friday, August 24, 2012

1..2.. Cinta


Baiklah, sampai di sini sahaja kelas kita pada hari ini.  Jika ada apa-apa masalah, sila berjumpa dengan saya dibilik”. Ujar Puan Aisyah sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah.
Semua pelajar sibuk mengemas alatan masing-masing.  Begitu juga dengan Syaz.  Kelas hari ini amat meletihkan otaknya.  Seharian jadualnya padat dengan kelas dari pagi hingga lah ke petang ada hari-harinya kelas hingga ke malam.
Dalam perjalanan pulang ke kolej kediaman,  sebuah kereta memecut laju di hadapan mereka.  Akibatnya, ke empat-empat mereka basah terkena lopak air.  Pemandu itu memberhentikan kenderaannya untuk melihat apa yang belaku dan mengapa gadis-gadis cantik itu menjerit kearahnya.  
“Apa yang dah berlaku ni?” soal jejaka tadi.
“Apa dah berlaku awak tanya?” Syaz bersuara agak tinggi.
“Awak tak Nampak ke ha? Kalau awak tu tak langgar lopak air, kita orang tak kan basah kuyup macam ni” sambung Syaz lagi dengan satu nafaz.
“Emm, saya minta maaf ya awak.  Jom saya hantarkan awak balik?” pelawa jejaka itu.
“Tak payah! Aku boleh balik sendiri.” Bentak Syaz.
“Kalau macam tu, saya hantar dia orang balik dulu lah ya?” ujar jejaka itu.
Dia orang? Syaz berkira-kira sendiri.  Bila masa lah pulak budak-budak tu dah masuk dalam kereta mamat ni? Syaz bermonolog sendiri.
“So, awak nak balik sekali dengan kawan-kawan awak tak?” jejaka bertanya. Inginkan kepastian.
Syaz tetap diam menbisu.
“Awak, cepatlah kami dah tak selesa nak pakai baju ni lama-lama.” Laung Dila dari dalam kereta.
“Sekejap ya sayang.  Saya nak tanya kawan awak ni dulu.” Jejaka itu cuba berbahasa.
“Tak payah lah awak nak paksa dia.  Kalau dia kata tak nak, sampai mati pun dia tak nak.  Cepat lah awak, badan kita orang dah gatal-gatal ni.” Balas Dila.
Kurang asam jawa asam gelugur punya member! Rungut Syaz sendiri.  Geram dengan sikap sahabat nya yang pentingkan diri bila berdepan dengan jejaka-jejaka jambu dan kacak.
“Nampak gayanya gadis-gadis tu semua dah tak sabar nak balik.  Jadi memandangkan awak tak nak saya hantarkan awak balik, saya minta diri dulu lah ya.  Assalamualaikum.” Jejaka itu bersuara sambil memandang mereka sekilas.
Sambil membunyikan hon kearahnya sekali, kereta itu menderu dengan lajunya meninggalkan asap buat Syaz.
“Tak guna betul lah kawan-kawan aku ni.  Tau lah mamat tadi tu hensem, kacak, stylo, jambu, ada kereta, argh. . macam-macam lah lagi.  Sanggup dia orang tinggalkan aku semata-mata nak dekat dengan mamat tu.  Teruk betul!”
Syaz berjalan kaki pulang ke kolej kediaman siswi.  Sesampainya di bilik, sahabatnya Dila, Ika dan Yana asyik bercerita perihal mamat yang mereka jumpa petang tadi.  Malas melayan mereka kerana bengang ditinggalkan sebentar tadi, Syaz terus bersiap-siap untuk mandi membersihkan dirinya.
Setelah hampir satu jam berkurung di kamar mandi, barulah dia keluar dengan kesegaran yang nyata berbeza.  Haruman mandian aromaterapinya membuatkan Syaz lebih bertenaga dari tadi.  Usai mengenakan pakaian malam, Syaz rasa terpanggil dengan keasyikan sahabatnya itu bercerita.
“Apa yang seronok sangat ni?” soalnya cuba berbahasa.
“Ala pasal mamat tadi tu la.  Sporting betul la dia tu.” Dila mula bersuara.
“Kau tau tak Syaz, sepanjang perjalanan tadi, dia asyik bertanyakan pasal kau saja. 
Bila kita orang tukar topik pun dia masih nak juga cakap pasal kau.  Bosan betul”. rungut Dila.
            “Ha’ah.  Tapikan, kita orang sempat tukar-tukar nombor telefon tadi.  Dan, dia janji dengan kita orang semua nak keluar dinner bersama nanti sebagai tanda minta maaf”.  tambah Ika.   
            “Aku pun tak sabar-sabar nak tunggu hari tu.  Agak-agak korang kan, dia nak bawa kita dinner kat mana?” sambung Yana dengan gedik yang sengaja dibuat-buat.
            “Macam seronok je korang dapat kenal dengan mamat tu kan.  Apa nama dia? Tak kan korang tak tanya kot?” sindir Syaz.
            “Mana boleh tak tau”. Jawab mereka serentak.
            “Jangan harap kami nak bagi tau kau.  Sebab ini…”
            “Rahsia”. Sahut mereka bertiga serentak.
            “Lantak korang la.  Malas aku nak campur.  Tak teringin pun aku nak kenal dengan mamat pujaan korang tu.  Aku lapar dan aku nak turun makan.  Kalau korang lapar, korang pergi beli sendiri”. Balas Syaz sebelum beredar ke tempat makan.
            Tiba-tiba Syaz terdengar derapan kaki dan suara yang cukup di kenalinya.  Dia tersenyum sinis.  Setelah yakin yang mereka semakin hampir, Syaz mula bersuara.
            “Konon tak nak ikut aku pergi makan”.  Perli Syaz pada temannya.
            “Sorry sikit ya.  Siapa kata kita orang nak ikut kau?”  balas Dila.
            “Kita orang nak pergi ambil delivery kita orang kat bawah ni.  Gerak dulu la ya”.  Ika pantas memotong sebelum ketiga-tiga mereka laju menuruni anak tangga.
            “Nasib kau la Syaz, dapat kawan macam ni”.  Syaz mengeluh sendiri.

Dengan langkah perlahan, akhirnya Syaz sampai jua di lobi asrama.  Syaz terdengar suara sahabatnya bergelak-tawa.  Dia terpanggil untuk melihat apa yang berlaku.  Sebaik sahaja dia menoleh, kelihatan Dila, Ika dan Yana sedang asyik ketawa sambil tergedik-gedik dengan seorang lelaki.  Chop!  “lelaki?”.  Wow, persoalannya di sini, siapa lelaki tu?
            Malas ambil pot, Syaz membuat keputusan untuk terus ke bilik.  Perutnya yang kosong kini sudah penuh berisi.  Satu pinggan Nasi Goreng Kampung beserta Telur Mata Kerbau dan Teh Tarik Ais kegemarannya, habis di telan kerana kelaparan yang teramat sangat.  Sesampainya di bilik, dia terus merebahkan badanya keatas tilam yang cukup empuk bagi penghuni asrama.
            “Tidur dulu la sekejap.  Sekarang baru pukul 9:30 malam.  Pukul 3:00 pagi nanti aku bangun buat assignment”.  Syaz berkira-kira sendiri sambil menetapkan alarm jam 3:00 pagi.
            Sejurus selepas merebahkan kepalanya ke bantal, Syaz mula terlelap.  Tepat jam tiga pagi, Syaz dikejutkan dengan bunyi alarm jam di sebelahnya.
            “Argh, malasnya nak pergi kelas hari ni, assignment tak siap lagi”.  Syaz bersuara malas, namun tetap bangun untuk menyiapkan assignmentnya yang tergendala semalam.  Sahabatnya yang lain sedang nyenyak tidur.  Syaz meneruskan kerjanya hingga selesai sebelum ke bilik air untuk menyegarkan tubuhnya.  Syaz kemudiannya bersiap-siap untuk ke kelas.
*  *  *  *  *  *  *
Bersambung. . .


No comments:

Post a Comment