background

Wednesday, January 16, 2013

Satu. .Dua. .CINTA. .Bab 3


Hari ini, Adam Hafizi bangun dengan satu azam, memenangi hati Syazliana dan menebus kesilapan lalu.  Dia telah mencari tahu aktiviti seharian Syaz dengan bantuan teman rapat Syaz sendiri, Dila.

            Untung kelas hari ini tamat awal.  Tanpa membuang masa, adam bergegas ke perpustakaan.  Kelihatan Syaz berseorangan di suatu sudut.  Adam mengambil tempat bertentangan Syaz.

“Awak?”Syaz kaget. Bagaimana mamat kesayangan rakannya ini boleh duduk di hadapannya kini.
“Alamak, apa mamat ni buat dekat sini? Patut la tadi nerves semacam je.” Sempat melihat tangannya yang mula menggigil.
“Sorry,tempat lain full.  Tak mengapakan kalau saya duduk kat sini?” balas Adam.
            
        Syaz memandang sekeliling. Ya, memang full. “Apa pasal ramai sangat orang dalam library sekarang ni?” hatinya berbisik.  Malas melayan, Syaz kembali menyiapkan tugasannya yang tergendala sebentar tadi kerana kehadiran tetamu yang tidak di undang.
        Walaupun Syaz benci, menyampah dan meluat dengan sikap ego Adam tapi dihatinya perasaan sayang dan cinta itu masih ada.  Cuma Syaz takut untuk mengakuinya sekarang. Tambahan pula bila lelaki yang sering kali cuba dilupakan ini berada di depan mata.  Ironinya rasa itu seperti biasa akan hadir setiap kali mereka akan berjumpa.
         Menyedari soalannya tidak disahut, Adam meneruskan lakonannya.
“Awak”
“Awak”
“Awak”
“Apa lagi awak ni?” jawab Syaz bernada sedikit tinggi. “Kau ingat aku suka ke kau ada kat sini? Memang la ak suka, tapi aku tak selesa sebab nanti perasaan aku tak menentu disebabkan kau tau tak?.” Syaz bermonolog didalam hati.

“Shh…jangan la cakap kuat-kuat.Ni kan library.” Adam cuba berjenaka.
“Yang awak panggil saya tadi tu kenapa?” balas Syaz perlahan namun tegas.
“Awak tengah buat apa tu?”
“Assignment akaun.  Kenapa?” soal Syaz cuba bermesra. Namun dihatinya Tuhan sahaja yang tahu.
“Tolong ajar saya boleh?”
“Saya tak lah pandai sangat. Nak tolong tu boleh tapi setakat yang saya mampu je la.” Jawab Syaz jujur. Meskipun perasaan tidak puashati itu masih menebal, namun didiamkan sahaja.
“Itu pun dah kira OK dah tu.” Adam bersuara gembira.
“Apa yang awak tak paham?” soal Syaz.
“Saya tak paham yang ni la.Macam mana nak buat ha?”
“Oh, soalan ni, Senang je ni.  Awak buat macam ni.”

       Syaz menunjukkan satu persatu jalan penyelesaian yang betul bagi soalan tersebut.  Tak cukup dengan itu, Syaz memberikan soalan yang menpunyai kaedah menjawab yang sama dengan soalan milik Adam.  Kali ini giliran Adam pula menjawab soalan itu tanpa merujuk mana-mana nota. Adam tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan.

“Nah.”Adam menghulurkan jawapannya.
“Bagus.Cepat awak belajar.” Akui Syaz. Sengaja ingin berdiplomasi.  Bukannya Syaz tidak tahu yang Adam tu pelajar terbaik course accounting.  Selalu sahaja Syaz melihat Adam bersama awek-awek junior di library.  Bila ditanya jawab mereka ‘Abang Adam ajarkan kami akaun’.  Nah, kan terbukti playar size 16” atau mungkin 24”.  Walaupun Syaz tak penah tahu pelayar tu apa? Kerana pelayar yang dimaksudkan oleh Syaz itu ialah player.

      Mereka mengemas alat tulis dan bersiap-siap untuk keluar kerana loceng penggera menunjukkan waktu tamat operasi telah berbunyi.

“Jom saya hantar awak balik?” pelawa Adam.
“No thanks.  Saya boleh balik sendiri.” Balas Syaz.  Dahlah dia tidak keruan dibuat Adam, ada hati pulak nak balik sama?. Memang tak la jawapnya.
“Saya ikhlas ni.Lagipun awak dah tolong saya tadikan.”
“Saya tak minta apa-apa balasan pun.  Mungkin lain kali saja.”  Tolak Syaz lembut.
“It’s ok kalau awak dah tak nak.  Takkan saya nak paksa awak pula kan?” balas Adam sedikit hampa.
“Siapa tahu tak esok lusa kita jumpa lagi. Tapi awak kena janji, bila tiba masa tu nanti, awak takkan menolak.” Sambung Adam.
“Tengoklah macam mana nanti.”Balas Syaz jujur.
“Okey.  See you around.” Ujar Adam sebelum meninggalkan Syaz  sendirian.

* * * * * *
Bersambung. . . .


No comments:

Post a Comment