background

Wednesday, June 19, 2013

Tekan untuk cakap

Push to talk atau tekan untuk cakap.  
Atau legend2 macam aku ni (lagend la sangat kan) sebut PTT je.
if budak zaman sekarang dengan teknologi yang sungguh canggih ni 
sure akan ada akaun Wechat.
korang ada??
tipu la kalau tak de kan?? nak-nak skarang ada fungsi shake2.
boleh buat tour 1 dunia. (entah ak x tau)

so meh sini ak nak cite sikit pasal PTT ni.
Korang pernah guna nokia phone kan?? pernah tak korang perasan
ikon mcm ni


Pernah tak?? sure pernah kan. .tapi tak tau macam mana nak guna je kan. .
well aku dulu pun tak tau, dan tak pernah nk ambil tau pun. not my concern at all.
Nak jadikan cerita, ak jumpa sorang kawan ni, mcm mana kitorg blh kawan tu ak tak yah cite la
Mula2 ak ingat dia dengar radio,
so aku tanya dia, channel mana?
dia ckp yang dia dengar tu bukan radio tapi PTT
ak pun bodoh2 alam, so ak tak tau la ape kan
dia ckp kt tepon nokia je ada, ala ikon mcm walkie-talkie tu.
then dengan berlagak nyer ak ckp, 
fon sy pun ada tp sy x heran pun.

dari situ la bermula nya aku dgn dunia baru.
orang kata nk main ni kena mental koyak (jenis xde hati & perasaan)
hati batu org kata. ak pulak jenis suka bercakap
mmg ak xde hirau org lain la. .hehe
Sampai pengarah kampus pun tau ak berojer (gelaran utk pengguna PTT)

best nyer PTT ni bagi aku, if awek2 je sure ada org bagi channel invite kite join.
PTT boleh sorok nombor phone
PTT boleh letak BOM (bom ni if fon version tinggi, dia akan MELETOP)
so x ley tgk ahli (fon ak la slalu kena)
PTT ada race uji mesen sape paling power.
Mesen tu fon la. .race ni kire orang tu boleh lapor suara bp banyak.
PTT user sume ada 5,6 bijik bateri spare. haha. .jenis x senang ddk if fon xde bateri.
PTT ada aksesori tambahan mcm external button n que button.
sp yg lagend (mcm aku ni. .haha) guna que je. .
mesen power, nk melantak tak payah tekan lg da, beratur je.
PTT ada hansfree onar. .haha. .ni aku ada 3. .hehe
bunyi langau, helikopter n hon kapal 
(kadang2 aku nk kenakan kawan aku, aku kol diorg guna hfree tu. .hehe
PTT ada 1-to-1 (yang ni aku x penah nk on dr mula main smpai pencen)
ak tak suke bila ada org tarik aku 1-to-1 time aku tengah syok melantak.
PTT pun boleh tarik 12345 (meaning blh buat group chat la walau pun ko off 1-to-1)
cara dia, ko kena save nmbor diorg kt kontek.
PTT ada 3 jenis org, kaki onar, kaki melantak (macam aku), kaki parking (pacak nama je)
PTT ni powered by MAXIS je taw, korang kena download setting dr MAXIS
Bayor RM15 sebulan (mahaiii)
Yang best annsyz (aku slalu sebut Bintang annsyz bintang sbb ada bintang kat nama aku)
annsyz x pernah maki org sepanjang dia jd perojer tegar. cuma bidasan dia yg penuh dgn sindiran,
hot lg spicy tu menyebabkan otai2 onar cari.

cukup la pasal PTT ni. .now is the era of wechat and smart phone.
sure la wechat lg best sbb ada moment kan. .
blh shake2 lagi. .
tp tu sume hak individu, buat ak yg lagend ni, ttp jugak nk ckp PTT best.
hehe. .sbb bile dah pencen melantak, baik pencen terus. .kannnn
 till then bye. .


Wednesday, January 16, 2013

Satu. .Dua. .CINTA. .Bab 3


Hari ini, Adam Hafizi bangun dengan satu azam, memenangi hati Syazliana dan menebus kesilapan lalu.  Dia telah mencari tahu aktiviti seharian Syaz dengan bantuan teman rapat Syaz sendiri, Dila.

            Untung kelas hari ini tamat awal.  Tanpa membuang masa, adam bergegas ke perpustakaan.  Kelihatan Syaz berseorangan di suatu sudut.  Adam mengambil tempat bertentangan Syaz.

“Awak?”Syaz kaget. Bagaimana mamat kesayangan rakannya ini boleh duduk di hadapannya kini.
“Alamak, apa mamat ni buat dekat sini? Patut la tadi nerves semacam je.” Sempat melihat tangannya yang mula menggigil.
“Sorry,tempat lain full.  Tak mengapakan kalau saya duduk kat sini?” balas Adam.
            
        Syaz memandang sekeliling. Ya, memang full. “Apa pasal ramai sangat orang dalam library sekarang ni?” hatinya berbisik.  Malas melayan, Syaz kembali menyiapkan tugasannya yang tergendala sebentar tadi kerana kehadiran tetamu yang tidak di undang.
        Walaupun Syaz benci, menyampah dan meluat dengan sikap ego Adam tapi dihatinya perasaan sayang dan cinta itu masih ada.  Cuma Syaz takut untuk mengakuinya sekarang. Tambahan pula bila lelaki yang sering kali cuba dilupakan ini berada di depan mata.  Ironinya rasa itu seperti biasa akan hadir setiap kali mereka akan berjumpa.
         Menyedari soalannya tidak disahut, Adam meneruskan lakonannya.
“Awak”
“Awak”
“Awak”
“Apa lagi awak ni?” jawab Syaz bernada sedikit tinggi. “Kau ingat aku suka ke kau ada kat sini? Memang la ak suka, tapi aku tak selesa sebab nanti perasaan aku tak menentu disebabkan kau tau tak?.” Syaz bermonolog didalam hati.

“Shh…jangan la cakap kuat-kuat.Ni kan library.” Adam cuba berjenaka.
“Yang awak panggil saya tadi tu kenapa?” balas Syaz perlahan namun tegas.
“Awak tengah buat apa tu?”
“Assignment akaun.  Kenapa?” soal Syaz cuba bermesra. Namun dihatinya Tuhan sahaja yang tahu.
“Tolong ajar saya boleh?”
“Saya tak lah pandai sangat. Nak tolong tu boleh tapi setakat yang saya mampu je la.” Jawab Syaz jujur. Meskipun perasaan tidak puashati itu masih menebal, namun didiamkan sahaja.
“Itu pun dah kira OK dah tu.” Adam bersuara gembira.
“Apa yang awak tak paham?” soal Syaz.
“Saya tak paham yang ni la.Macam mana nak buat ha?”
“Oh, soalan ni, Senang je ni.  Awak buat macam ni.”

       Syaz menunjukkan satu persatu jalan penyelesaian yang betul bagi soalan tersebut.  Tak cukup dengan itu, Syaz memberikan soalan yang menpunyai kaedah menjawab yang sama dengan soalan milik Adam.  Kali ini giliran Adam pula menjawab soalan itu tanpa merujuk mana-mana nota. Adam tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan.

“Nah.”Adam menghulurkan jawapannya.
“Bagus.Cepat awak belajar.” Akui Syaz. Sengaja ingin berdiplomasi.  Bukannya Syaz tidak tahu yang Adam tu pelajar terbaik course accounting.  Selalu sahaja Syaz melihat Adam bersama awek-awek junior di library.  Bila ditanya jawab mereka ‘Abang Adam ajarkan kami akaun’.  Nah, kan terbukti playar size 16” atau mungkin 24”.  Walaupun Syaz tak penah tahu pelayar tu apa? Kerana pelayar yang dimaksudkan oleh Syaz itu ialah player.

      Mereka mengemas alat tulis dan bersiap-siap untuk keluar kerana loceng penggera menunjukkan waktu tamat operasi telah berbunyi.

“Jom saya hantar awak balik?” pelawa Adam.
“No thanks.  Saya boleh balik sendiri.” Balas Syaz.  Dahlah dia tidak keruan dibuat Adam, ada hati pulak nak balik sama?. Memang tak la jawapnya.
“Saya ikhlas ni.Lagipun awak dah tolong saya tadikan.”
“Saya tak minta apa-apa balasan pun.  Mungkin lain kali saja.”  Tolak Syaz lembut.
“It’s ok kalau awak dah tak nak.  Takkan saya nak paksa awak pula kan?” balas Adam sedikit hampa.
“Siapa tahu tak esok lusa kita jumpa lagi. Tapi awak kena janji, bila tiba masa tu nanti, awak takkan menolak.” Sambung Adam.
“Tengoklah macam mana nanti.”Balas Syaz jujur.
“Okey.  See you around.” Ujar Adam sebelum meninggalkan Syaz  sendirian.

* * * * * *
Bersambung. . . .


Monday, December 31, 2012

31st Dis 2012 -------> 1st Jan 2013

31st Dis 2012
Hari yang paling happening sebagai career woman. .
Bila semua planning untuk retreat TAK menjadi. .
Plan A, Plan C till Y beterbangan dibawa agin lalu. .
Maka dengan ini kami melancarkan Plan Z (sori boss kami ponteng)
Idea ni datang dari tuan director (anak boss).
Pilih 1 hari untuk kita together-gether pegi mana2 just for fun utk ganti program retreat tu.
So, cadangan byk (painball la. .mini putt at citta mall la, ATV la. .cambest je sume)
Last-last pilih BOWLING. .(dh la ak ni sgt terror main bowling kan)
Semua pun setuju. .Syaratnya jgn bg tau BOSS. .diam-diam suda
Plan Z yg dirancang oleh director ni adalah. .
* Datang ofis kul 9am (selalu yg dtg kul 9am tu ak ngan CFO je)
* 1pm time lunch gerak gi Wangsa Walk (bowling)
* Habis game. .lunch (director ada meeting kul 3. .so kami2 je lunch)
* Habis lunch. .cabuttttt. .hehe. .
(sian CFO x dpt join. .sbb last day of the year 2012 ni dia dpt peluang yg cambest. ."Sehari bersama Boss")




#korang2 semua. .jangan ponteng2 tau. .kami2 ni just bertindak mengikut arahan. .Oooohh. .by the way, tarikh 31st tu I yg pilih. .sbb esoknya CUTI. .hehe



1st Jan 2013
Sambil2 buat entry baru. .chat dgn member kt fb. .
Sekali member ajak kluar la. .pe lagi. .tengah2 boring plus dh lama x jmpa member ni punya pasal,
terus siap2 nk kluar. .hehe. .mencekik (dinner+supper) at 12am. .ronda2 KL tgk lampu kaler-kaler
than balik. .hehe. .(dpt la jugak tgk vunga afiii) (^_^)

#Semoga harapan, impian dan cita-cita kita semua dipermudahkan oleh Allah s.w.t serta memperoleh redha dari NYA. .amin



Tuesday, August 28, 2012

Bab 2 : 1. . 2. . Cinta


 “Argh, penatnya beb!” rungut Dila
“Nama pun student”. Jawab ika
“Wei, Syaz, kalau aku tanya kau something kau jangan la marah aku pulak ya”. Ujar Dila ragu-ragu.
“Kau tak tanya aku pun lagi, macam mana la aku nak marah kau”. Balas Syaz.
“Kenapa kau tak pernah layan mamat-mamat kat U ni, dia orang semua tu tergila-gilakan kau.  Kau boleh buat tak layan je.  Dah la tu, semuanya hensem-hensem.  Kalau aku, bagi sepuluh pun aku nak”.
“Hmm..aku akui dia orang semua tu memang cukup pakej, lengkap.  Tapi hati aku tak boleh terima dia orang.  Kalau setakat nak berkawan dengan aku, aku terima tapi kalau nak lebih dari tu aku rasa aku tak mampu.” Balas Syaz jujur.
“Kenapa pulak kau tak mampu?” soal Ika binggung.
“Kau pernah putus cinta ke? Apasal kita orang semua tak tahu ni?” soal Yana inginkan kepastian.
“Dah korang tak tanya.”
“Cerita la beb.” rayu Yana.
Pada waktu yang sama Dila sudah menekan punat hijau pada telefon bimbitnya untuk menghubungi Adam Hafizi.  Dalam hatinya janji tetap janji.
Adam yang telah siap menunggu panggilan itu terus menekan punat hijau untuk menjawab.  Setiap butiran cerita yang keluar dari mulut Syaz jelas didengarinya.  Segala persoalannya kini telah terjawab.


“Habis tu, sekarang ni pun kau masih tunggu dia? Kau ulang balik siapa nama mamat yang kau minat sangat tu?” tegas Dila.
“Adam Hafizi Bin Abdullah”. Syaz bersuara jujur.
“Dari dulu sampai sekarang, aku masih tak dapat lupakan dia.  Walaupun kami tak pernah berkawan, dan dia juga tak pernah tahu tentang hal ni atau mungkin dia tahu dari kawan-kawan dia tapi dia belum tahu yang sebenarnya daripada aku.  Aku tetap berharap yang suatu hari nanti dia dapat terima aku paling tidak pun sebagai kawan.  Aku tak mintak lebih, aku tahu aku tak layak”.  Sambung Syaz lagi.
“Kenapa pula kau cakap macam tu?” Soal Ika
“Dari dulu lagi, bila cerita tentang aku suka kat dia dah tersebar, aku selalu kena kutuk, kena caci, dan macam-macam lagi dengan kawan-kawan dia.  Yang aku tak tahannya, disebabkan dia ni terlalu famous, ada lah seorang peminat dia ni tiba-tiba saja cari pasal dengan aku”. 
“Aku tak sangka pula menjadi satu kesalahan kalau suka kat dia.  Kalau aku tahu, awal-awal lagi aku tak kan suka kat dia.  Banyak kenangan pahit sepanjang aku suka kat dia.  Pernah juga lah aku cuba untuk lupakan dia.  Aku couple dengan orang lain yang muka dia ada iras-iras Adam.  Tapi aku tetap tak mampu untuk lupakan Adam Hafizi.  Dia dah lama curi hati aku tanpa dia  sedari.  Dia boleh dikatakan cinta pertama aku, walaupun kami tak pernah bercinta”. Sambung Syaz sambil ketawa kecil.  Entah apa yang di rasakan lucunya di situ.
Serentak dengan itu, semuanya bagaikan dipukau.  Bagaikan tidak percaya dengan setiap butiran cerita yang keluar dari mulut sahabat mereka itu.  Dalam benar cinta Syaz terhadap Adam. 

Di sebelah sana pula, Adam hafizi terkesima, bagaikan suatu mimpi.  Sungguh dia tidak menyangka cinta Syazliana terhadapnya begitu tulus.  Perbuatannya dan rakan-rakannya yang lain tidak boleh dimaafkan.  Sikap nakal mereka telah menghancurkan hati seorang gadis yang benar-benar ikhlas menyayanginya. 
“Syaz, maafkan aku.  Aku tak sangka kau begitu menyayangi aku.  12 tahun kau setia menunggu aku.  Maafkan aku Syaz.  Maafkan aku.” Luah Adam, kesal.
“Kalaulah kau tahu Syaz…”
Adam tidak menghabiskan kata-katanya.  Rasa kesal yang teramat sangat menenggelamkan sseluruh jiwanya.  Dalam hatinya kesilapan lalu harus ditebus.  Cinta Syazliana tidak akan lagi dipersia.
                                                                * * * * * * *
bersambung. .


Friday, August 24, 2012

1..2.. Cinta


Baiklah, sampai di sini sahaja kelas kita pada hari ini.  Jika ada apa-apa masalah, sila berjumpa dengan saya dibilik”. Ujar Puan Aisyah sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah.
Semua pelajar sibuk mengemas alatan masing-masing.  Begitu juga dengan Syaz.  Kelas hari ini amat meletihkan otaknya.  Seharian jadualnya padat dengan kelas dari pagi hingga lah ke petang ada hari-harinya kelas hingga ke malam.
Dalam perjalanan pulang ke kolej kediaman,  sebuah kereta memecut laju di hadapan mereka.  Akibatnya, ke empat-empat mereka basah terkena lopak air.  Pemandu itu memberhentikan kenderaannya untuk melihat apa yang belaku dan mengapa gadis-gadis cantik itu menjerit kearahnya.  
“Apa yang dah berlaku ni?” soal jejaka tadi.
“Apa dah berlaku awak tanya?” Syaz bersuara agak tinggi.
“Awak tak Nampak ke ha? Kalau awak tu tak langgar lopak air, kita orang tak kan basah kuyup macam ni” sambung Syaz lagi dengan satu nafaz.
“Emm, saya minta maaf ya awak.  Jom saya hantarkan awak balik?” pelawa jejaka itu.
“Tak payah! Aku boleh balik sendiri.” Bentak Syaz.
“Kalau macam tu, saya hantar dia orang balik dulu lah ya?” ujar jejaka itu.
Dia orang? Syaz berkira-kira sendiri.  Bila masa lah pulak budak-budak tu dah masuk dalam kereta mamat ni? Syaz bermonolog sendiri.
“So, awak nak balik sekali dengan kawan-kawan awak tak?” jejaka bertanya. Inginkan kepastian.
Syaz tetap diam menbisu.
“Awak, cepatlah kami dah tak selesa nak pakai baju ni lama-lama.” Laung Dila dari dalam kereta.
“Sekejap ya sayang.  Saya nak tanya kawan awak ni dulu.” Jejaka itu cuba berbahasa.
“Tak payah lah awak nak paksa dia.  Kalau dia kata tak nak, sampai mati pun dia tak nak.  Cepat lah awak, badan kita orang dah gatal-gatal ni.” Balas Dila.
Kurang asam jawa asam gelugur punya member! Rungut Syaz sendiri.  Geram dengan sikap sahabat nya yang pentingkan diri bila berdepan dengan jejaka-jejaka jambu dan kacak.
“Nampak gayanya gadis-gadis tu semua dah tak sabar nak balik.  Jadi memandangkan awak tak nak saya hantarkan awak balik, saya minta diri dulu lah ya.  Assalamualaikum.” Jejaka itu bersuara sambil memandang mereka sekilas.
Sambil membunyikan hon kearahnya sekali, kereta itu menderu dengan lajunya meninggalkan asap buat Syaz.
“Tak guna betul lah kawan-kawan aku ni.  Tau lah mamat tadi tu hensem, kacak, stylo, jambu, ada kereta, argh. . macam-macam lah lagi.  Sanggup dia orang tinggalkan aku semata-mata nak dekat dengan mamat tu.  Teruk betul!”
Syaz berjalan kaki pulang ke kolej kediaman siswi.  Sesampainya di bilik, sahabatnya Dila, Ika dan Yana asyik bercerita perihal mamat yang mereka jumpa petang tadi.  Malas melayan mereka kerana bengang ditinggalkan sebentar tadi, Syaz terus bersiap-siap untuk mandi membersihkan dirinya.
Setelah hampir satu jam berkurung di kamar mandi, barulah dia keluar dengan kesegaran yang nyata berbeza.  Haruman mandian aromaterapinya membuatkan Syaz lebih bertenaga dari tadi.  Usai mengenakan pakaian malam, Syaz rasa terpanggil dengan keasyikan sahabatnya itu bercerita.
“Apa yang seronok sangat ni?” soalnya cuba berbahasa.
“Ala pasal mamat tadi tu la.  Sporting betul la dia tu.” Dila mula bersuara.
“Kau tau tak Syaz, sepanjang perjalanan tadi, dia asyik bertanyakan pasal kau saja. 
Bila kita orang tukar topik pun dia masih nak juga cakap pasal kau.  Bosan betul”. rungut Dila.
            “Ha’ah.  Tapikan, kita orang sempat tukar-tukar nombor telefon tadi.  Dan, dia janji dengan kita orang semua nak keluar dinner bersama nanti sebagai tanda minta maaf”.  tambah Ika.   
            “Aku pun tak sabar-sabar nak tunggu hari tu.  Agak-agak korang kan, dia nak bawa kita dinner kat mana?” sambung Yana dengan gedik yang sengaja dibuat-buat.
            “Macam seronok je korang dapat kenal dengan mamat tu kan.  Apa nama dia? Tak kan korang tak tanya kot?” sindir Syaz.
            “Mana boleh tak tau”. Jawab mereka serentak.
            “Jangan harap kami nak bagi tau kau.  Sebab ini…”
            “Rahsia”. Sahut mereka bertiga serentak.
            “Lantak korang la.  Malas aku nak campur.  Tak teringin pun aku nak kenal dengan mamat pujaan korang tu.  Aku lapar dan aku nak turun makan.  Kalau korang lapar, korang pergi beli sendiri”. Balas Syaz sebelum beredar ke tempat makan.
            Tiba-tiba Syaz terdengar derapan kaki dan suara yang cukup di kenalinya.  Dia tersenyum sinis.  Setelah yakin yang mereka semakin hampir, Syaz mula bersuara.
            “Konon tak nak ikut aku pergi makan”.  Perli Syaz pada temannya.
            “Sorry sikit ya.  Siapa kata kita orang nak ikut kau?”  balas Dila.
            “Kita orang nak pergi ambil delivery kita orang kat bawah ni.  Gerak dulu la ya”.  Ika pantas memotong sebelum ketiga-tiga mereka laju menuruni anak tangga.
            “Nasib kau la Syaz, dapat kawan macam ni”.  Syaz mengeluh sendiri.

Dengan langkah perlahan, akhirnya Syaz sampai jua di lobi asrama.  Syaz terdengar suara sahabatnya bergelak-tawa.  Dia terpanggil untuk melihat apa yang berlaku.  Sebaik sahaja dia menoleh, kelihatan Dila, Ika dan Yana sedang asyik ketawa sambil tergedik-gedik dengan seorang lelaki.  Chop!  “lelaki?”.  Wow, persoalannya di sini, siapa lelaki tu?
            Malas ambil pot, Syaz membuat keputusan untuk terus ke bilik.  Perutnya yang kosong kini sudah penuh berisi.  Satu pinggan Nasi Goreng Kampung beserta Telur Mata Kerbau dan Teh Tarik Ais kegemarannya, habis di telan kerana kelaparan yang teramat sangat.  Sesampainya di bilik, dia terus merebahkan badanya keatas tilam yang cukup empuk bagi penghuni asrama.
            “Tidur dulu la sekejap.  Sekarang baru pukul 9:30 malam.  Pukul 3:00 pagi nanti aku bangun buat assignment”.  Syaz berkira-kira sendiri sambil menetapkan alarm jam 3:00 pagi.
            Sejurus selepas merebahkan kepalanya ke bantal, Syaz mula terlelap.  Tepat jam tiga pagi, Syaz dikejutkan dengan bunyi alarm jam di sebelahnya.
            “Argh, malasnya nak pergi kelas hari ni, assignment tak siap lagi”.  Syaz bersuara malas, namun tetap bangun untuk menyiapkan assignmentnya yang tergendala semalam.  Sahabatnya yang lain sedang nyenyak tidur.  Syaz meneruskan kerjanya hingga selesai sebelum ke bilik air untuk menyegarkan tubuhnya.  Syaz kemudiannya bersiap-siap untuk ke kelas.
*  *  *  *  *  *  *
Bersambung. . .


Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri Minal Aidil walfaizin


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Sahabat handai yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak langsung, buat guru-guru & tenaga-tenaga pengajar, serta para pembaca.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu pengertian buat semua agar ianya menjadi lebih bermakna.

Salam Aidilfitri,